Ahad Berdarah (1972)
Ahad Berdarah (1972)

Ahad Berdarah (1972)

Pembunuhan beramai-ramai Bogside atau juga dikenali dengan nama Ahad Berdarah 1972 (Bahasa Inggeris: Bloody Sunday) merupakan kejadian pembunuhan orang awam beramai-ramai pada 30 Januari, 1972 di Bogside, Derry Ireland Utara. Seramai 27 penunjuk perasaan ditembak mati oleh Regimen Askar Payung Terjun Britain semasa perarakan Persatuan Hak Asasi Ireland Utara.Dua pasukan penyiasat telah dibentuk oleh kerajaan Britain. Pasukan Tribunal Widgery ditubuhkan selepas kejadian pembunuhan tersebut, terutama untuk membersihkan nama dan imej tentera dan kerajaan Britain. Pasukan penyiasat kedua iaitu Penyiasatan Saville ditubuhkan pada tahun 1998. Ia diketuai oleh Sir Saville dari Newdigate. Laporan siasatan telah siap dan diterbitkan pada 15 Jun, 2010. Penyiasat mendapati wujud kesalahan nyata dan boleh membuka kembali kontroversi serta berpotensi menyebabkan penyiasatan jenayah untuk beberapa tentera yang terlibat dalam pembunuhan itu. Sebelum kejadian ini, Tentera Republik Ireland Utara (IRA) meningkatkan kempen menentang petisyen damai Ireland, dua tahun sebelum "pembunuhan beramai-ramai Bogside". Mereka melancarkan kempen bersenjata.